ANAKLAUT

Friday 28 December 2012

Ternakan 3


KESIHATAN

a.      Kepentingan kesihatan ternakan
·         Mengurangkan kadar kematian
-     Kelembapan tinggi menyebabkan kematian ternakan kerana serangan penyakit    sistem pernafasan
                  -    Kadar kematian anak tinggi kerana kurang keupayaan
      antibodi  melawan patogen,parasit dan gangguan persekitaran

·         Mencapai tumbesar dan pengeluaran maksimum
-          Kecekapan penukaran makanan kepada tenaga, lemak dan susu
-          NPM yang rendah

·         Mengelak jangkitan penyakit dari ternakan lain
-          Ternakan akan sihat jika sistem perkumuhan, sistem limfa dan antibodi berfungsi         dengan baik

·         Mendapatkan penukaran makanan yang optimum
-     Jika ternakan sihat pencernaan dan penyerapan makanan adalah sempurna


a.       Simptom ternakan sakit 
·               Tiada selera makan
·               Cirit birit
·               Suhu badan tinggi
·               Mata kuyu / berair
·               Tidak aktif
·                Pengeluaran hasil berkurangan
·               Bulu kasar dan kusut
·               Penurunan berat badan

c.  Punca penyakit ternakan

·         Serangan patogen dan parasit
            
-   contoh patogen dan parasit adalah seperti di bawah

                                                                  Patogen

Patogen
Penyakit
Ternakan
Virus
Penyakit kuku dan mulut
Newcastle/Ranikhet/Sampar
Bronkitis
Puru
Lembu/kerbau
Ayam
Ayam
Ayam
Bakteria
Koriza
Pullorum
Brucellosis
Ayam
Ayam
Ayam
Protozoa
Koksidosis
Ayam
Kulat
Aspergillosis
Candidiasis
Kambing
Kambing

      
                                                       Parasit

Endoparasit
Penyakit
Cacing pita
Cacing pipih
Cacing gelang
Anemia, adema dan cirit
Ektoparasit
Penyakit
Cengkenit
Kutu
Hama
Lalat rumah
Lalat kerbau
Keracunan, lumpuh dan anemia
Gatal, anemia dan kurus
Gatal dan kurap
Kurang selesa
Pengeluaran susu kurang, luka


·         Kekurangan nutrien

                   -  menyebabkan kurang daya tahan penyakit
                   -  ternakan perlu makronutrien dan mikronutrien
      
Makronutrien
Mikronutrien
Kalsium
Fosforus
Magnesium
Natrium
Kalium
Klorin
Kuprum
Kobalt
Ferum
Mangan
Selenium
Zink


·         Kecederaan fizikal

-          sebab pemangsaan sejenis, serangan binatang liar, terjatuh atau tertusuk benda    tajam
-          luka pada kulit luar  menyebabkan terdedah kepada serangan patogen

·         Kecacatan kongenital

-          kecacatan sejak lahir seperti buta atau bilangan anggota tidak normal
-          sebab kekurangan vitamin, mineral dan mutasi kromosom pada peringkat janin

·         Pencemaran makanan dan minuman

-          terjadi pada ternakan yang meragut bebas atau yang diberi makan konsentrat                        
      yang kaya lemak
-          termakan bahan beracun seperti mimosin, hidrogen sianida dan oksalat



d.  Cara pencegahan dan pengawalan penyakit

·         Kuarantin
-        menahan sementara atau asing ternakan dari negera asing
-        mencegah kemasukan penyakit eksotik seperti kuku dan mulut, antraks, rabies,
     rinderpest dan selsema burung
-        mencegah penyakit berjangkit kepada haiwan tempatan dan orang awam

·         Penghapusan
-        jika  serangan kronik/teruk, ternakan yang dijangkiti penyakit perlu dihapuskan
-        ternakan dibunuh dan bangkainya ditanam atau dibakar
-        untuk elak patogen merebak kepada ternakan lain

·         Pemvaksinan
-        vaksin ialah antigen untuk meransang perkembangan antibodi ternakan
-        antibodi akan menyerang patogen yang masuk ke dalam badan
-        dihasilkan dari kultur bakteria atau virus
-        diberi secara suntikan subkuteneus, calaran pada otot atau dicampur dalam
makanan



Ternakan
Penyakit
Jenis vaksin
Cara beri
Ayam
Sampar/Ranikhet
Ranikhet F
Titis dalam mata atau hidung
Puru
Fowl Pox
Cucuk pada sayap
Lembu
Kuku dan mulut
Bivalent O dan Asia-1
Suntikan di bawah kulit
Brucellosis
S19
Suntikan bawah kulit anak betina

·         Penggunaan baka yang resistan
-          gunakan baka tempatan seperti lembu KK atau baka kacukan KK dengan lembu     
                  temperat seperti Friesien
-          baka ini tahan terhadap himpitan iklim, patogen dan parasit

·         Pengawalan vektor
-          vektor seperti lalat, tikus, lipas dan burung
-          vektor ini membawa patogen seperti virus, bakteria dan kulat
-          kawalan secara amalan sanitasi, reban yang tertutup dan semburan ubat     
                                                                 pencegah

·         Amalan sanitasi
-          jaga kebersihan reban dan  alatan
-          lakukan program pembasmian kuman
-          bersih tinja, air kencing atau sisa makanan
-          jaga kebersihan persekiran reban/kandang

·         Penakaian
-          asing ternakan berpenyakit dari kumpulanya
-          elak penyakit berjangkit
-          setelah sihat, masukkan semula ke dalam kumpulannya

·         Pemberian makanan seimbang
-          makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan
-          mengandungi semua kelas makanan
-          tubuh yang sihat dapat menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit
      

e.  Bahan untuk merawat penyakit

·         Antiseptik
-          antiseptik ialah bahan kimia yang memusnah atau merencatkan pertumbuhan  
            bakteria penyebab penyakit
-          antiseptik luaran – untuk merawat luka atau kudis
-          antiseptik dalaman – untuk merawat infeksi (jangkitan) usus dan urinari

·         Antibiotik
-          antibiotik ialah hasil fermentasi mikrob seperti kulat dan bakteria
-          digunakan untuk mengawal atau merendahkan jangkitan penyakit yang teruk
-          diberi secara suntikan atau  sebagai aditif dalam makanan
-          contoh :  tetramisin, galimisin dan aureomisin

·         Racun cacing
-          contoh racun cacing :  albendazol, fenbendazol dan ivermektin
-          cara pemberian:  pemberian secara mulut, suntikan melalui kulit atau otot, aditif      
      dalam makanan, genut dan kapsul lepas lambat

·         Racun parasit luar
-          bahan kimia untuk mengawal dan membunuh ektoparasit
-          cara racun digunakan :  semburan, celupan, sapuan, suntikan dan mandian
-          contoh racun :  BHC, Asuntol dan Retenone






Saturday 22 December 2012

Manfaat Buah Markisa ( siri 2)


Tubuh kita sangat memerlukan vitamin, kerana vitamin tidak dihasilkan oleh tubuh, maka kita dapat memperolehnya dari buah-buahan. Buah-buah sangat baik untuk kesihatan. Passiflora edulis atau yang lebih dikenal dengan nama buah markisa adalah buah asli dari Amerika Selatan, biasanya kulit dari buah ini berwarna ungu gelap atau kuning cerah, dan rasanya unik dan menyegarkan.

 Pohon Markisa sudah menjalar memanjat para-para yang di sediakan

Masih perlu penjagaan dari rumpai dan serangga perosak

Buah markisa sering dibuat sebagai jus atau sering ditambahkan pada minuman-minuman buah lainnya, untuk menambah rasa. Ada juga yang membuat jus dari buah markisa.  Sebenarnya, buah markisa mempunyai manfaat kesihatan yang banyak, maka pada artikel ini kita akan membincangkan manfaat kesihatan dari buah markisa.

Buah yang mentah masih berwarna hijau

Bila masak akan bertukar warna unggu dan juga ada yang jenis kuning

Buah Markisa Kaya akan Serat: Buah markisa memiliki kandungan serat yang tinggi. Hal ini sangat bermanfaat bagi kesihatan pencernaan, saluran pencernaan dan usus menjadi bersih. Anda dapat memilih buah markisa sebagai salah satu sumber serat. Biji dari buah ini pun boleh dimakan kerana mengandung serat. Buah markisa juga boleh dijadikan minuman ringan

.Ada juga yang kulit luarnya berwarna kuning

Buah Markisa Kaya Antioksidan: Warna-warna kulit buah yang ungu serta warna daging yang berwarna orenya, menunjukkan bahawa buah ini kaya akan antioksidan. Antioksidan bertugas untuk menghambat pertumbuhan sel-sel barah dalam tubuh. Buah markisa memiliki air dan antioksidan yang larut dalam lemak. Salah satu antioksidan utama yang ditemukan dalam buah ini adalah beta-karoten.

Buah Markisa Sangat Baik bagi Penderita Asma: Bagi Anda penderita asma, markisa adalah buah yang sangat bergizi dan sehat yang dapat menenangkan serangan asma. Selain kerana mengandungi vitamin C, Markisa nampaknya memiliki efek memblokir histamin yang menyebabkan gejala asma.

Buah Markisa Memiliki Efek Relaksasi: Minum segelas jus markisa dingin dapat membantu anda mengendurkan saraf dan pikiran anda dan membuat perasaaan menjadi lebih tenang. Buahh ini sering dijadikan ubat untuk masalah pencernaan dan penyakit kambung.

Isi di dalamnya berwarna kuning dan sungguh berjus

Buah Markisa Sangat Baik bagi Penderita Insomia: Buah Markisa memiliki efek mengantuk pada sistem saraf manusia sehingga membuat perasaan tenang dan membantu anda dalam merilekskan firikan anda. Hal ini sangat membantu penderita insomnia atau mereka yang tidak boleh tidur nyenyak. Segelas jus markisa sebelum tidur  mungkin boleh anda minum 

Buah Markisa adalah Sumber Nutrisi yang Baik: Seperti yang kita ketahui sebelumnya, buah markisa adalah sumber vitamin C yang baik, Satu porsi 100 g (3,5 ons) mengandung 30 mg vitamin C. Vitamin C meningkatkan kekebalan tubuh dan merupakan antioksidan. Satu porsi 100 g buah markisa mengandung 1275 IU vitamin A. Vitamin A meningkatkan kualiti penglihatan dan membantu dalam melawan infeksi, membuat kulit sihat bersinar dan membantu pertumbuhan sel. Buah markisa juga merupakan sumber kalium (348 mg dalam 100 g). Mineral ini memiliki efek yang menyihatkan pada jantung manusia dan membantu fungsi jantung, aliran dan tekanan darah dalam tubuh. Selain kalium, buah markisa juga mengandung zat besi, magnesium dan kalsium.

Buah Markisa sangat baik Dikonsumsi Orang yang Sedang Diet: Bagi orang yang sedang menjalani Diet, Buah-buah merupakan hal yang wajib dikonsumsi, dan markisa sangat baik untuk dikonsumsi. Hal ini dikarnakan markisa memiliki kalori yang rendah, hanya 97 kalori per 100 g! Buah markisa juga rendah sodium dan lemak. Markisa juga mengandung karbohidrat dan gula alami dalam jumlah yang baik. Nutrisi buah ini bekerja menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Kandungan serat yang tinggi pada buah ini membuat Anda kenyang, sehingga Anda tidak ingin makan makanan lain lagi.

Itu tadi manfaat-manfaat kesihatan yang boleh didapat dari buah markisa, Anda boleh memulai untuk mengkonsumsi buah markisa sebagai sumber nutrisi dengan cara mencampurkannya dengan bahan makanan lain atau mengkonsumsinya secara langsung.

                    2. http://hisamihalidi.blogspot.com/2013/02/markisa-3.html

Saturday 17 November 2012

TANAMAN MARKISA DI HALAMAN RUMAH ( Siri 1 )



Markisa yang belum masak berwarna hijau

Anak pokok markisa yang baru di tanam

Markisa adalah tanaman yang menjalar dan perlu sokongan untuk hidup dengan subur.

Sokongan boleh dibuat dari batang besi atau kayu keras yang  boleh bertahan lama. Ini kerana pohon markisa boleh hidup bertahun-tahun lamanya. Jika sokongan tidak kuat ia akan rebah ke bumi, pastinya pokok akan mati atau tidak sihat kerana kekurangan cahaya matahari.


Kayu yang paling baik digunakan dari jenis kayu keras, cenggal, ulin dan kayu-kayu keras lain


Tanaman hendaklah dijarakan lebih kurang 2 meter untuk setiap rumpun supaya kawasan akar mencukupi untuk pohon mencari nutrien untuk pembesarannya secara berterusan.

Pembesaran pokok yang baik,  perlu ditambah baja NPK kerana tanah mungkin kekurang nutrien itu

Pokok yang telah berumur dua bulan sudah mula menjalar memanjat sokongan yang dibuat

Biasanya  markisa memanjat dengan memautkan sulur pautnya pada kayu sokongan atau apa saja yang boleh dipautnya.

Kadang-kadang pohon ini menjalar kearah yang salah, jadi perlu bantuan untuk dihalakan ke tempat yang  sesuai  supaya terus menjalar ke atas para yang di sediakan.


Pucuk muda yang aktif akan memanjang berapa mm sehari, tapi bila pucuknya menghala ke bawah pemanjangan jadi perlahan.

Lihat sambungan yang seterusnya di sini: