ANAKLAUT

Thursday 28 November 2013

PECUTAN TERAKHIR UNTUK CALON SAINS PERTANIAN SPM 2013

3528/2
Sains
Pertanian
Kertas 2
Percubaan SPM 2013
2 Jam

  



HALIDI HANAFIAH
GURU SAINS PERTANIAN



PERCUBAAN SPM

TAHUN 2013

 



SAINS PERTANIAN


Kertas 2

Dua jam


 

 



JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA  DIBERITAHU 


Jawab semua soalan daripada Bahagian A, satu soalan daripada  Bahagian B dan satu soalan daripada Bahagian C.

Setiap soalan diperuntukkan 15 markah.

Tuliskan nama dan tingkatan pada semua kertas jawapan yang anda serahkan 







BAHAGIAN A
(Jawab semua soalan)

1.     Seorang penternak lembu tenusu menternak lembu secara komersial di satu kawasan padang ragut.

(a)   Terangkan dua cara penternak mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh.
[4 markah]

(b)   Penternak mendapati sebahagian lembunya diserang oleh sejenis penyakit, terangkan tiga cara penternak mengawal penyakit tersebut.
             [6 markah]

(c)   Terangkan dua cara penternak mengatasi masalah himpitan iklim pada ternakannya.
[4 markah]
(d)   Nyatakan satu bahan untuk merawat penyakit.
[1 markah]


2.   (a)  Rajah 1 menunjukkan kaedah pembiakan ternakan ruminan.

      
 
                                              Rajah 1

(i)      Nyatakan kaedah pembiakan itu?

(ii)     Terangkan tiga kebaikan pembiakan itu berbanding kaedah semulajadi.

[ 7 markah]

            (b)  Jadual 1 menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan bagi bidang usaha P,Q dan R


Bidang usaha
Pendapatan (RM)
Perbelanjaan (RM)
P
8500
6200
Q
9250
9300
R
5350
2550



       
                                                                          Jadual 1

i.      Berdasarkan pulangan setiap ringgit dilabur (PSRL), bidang usaha manakah yang anda pilih dan berikan alasan.
 [2 markah]
ii.       Terangkan satu keputusan masa depan bidang usaha P
 [2 markah]
iii.      Terangkan dua faktor yang mempengaruhi keuntungan bidang usaha.
 [4 markah]

    




BAHAGIAN B
(Jawab satu soalan sahaja)




3.     Jadual 2 menunjukkan maklumat tentang baja yang digunakan dalam satu program pembajaan.

Baja
Gred Baja
Harga/50 kg (satu beg)
Ammonium Sulfat
21% N
RM 65.00
Fosfat Asli
30% P2O5
RM 52.00
Muriat potasy
60% K2O
RM 84.00
Nitrofoska
15:14:18
RM 95.00
Jadual 2
Berdasarkan Jadual 2, hitungkan:

(a)     (i)    Kuantiti N dalam satu beg baja Ammonium Sulfat
(ii)    Kuantiti P2O5 dalam satu beg baja Fosfat Asli
(iii)   Kuantiti K2O dalam satu beg baja Muriat Potasy
(iv)   Kuantiti K2O dalam satu beg baja Nirofoska     
[6 markah]

(b)   Kuantiti baja berikut jika kawasan seluas sehektar memerlukan 120kg N, 80kg P2O5 dan 175 kg K2O.
(i)      Ammonium Sulfat
(ii)     Fosfat Asli
(iii)    Muriat potasy
[4 markah]

(c)   Berdasarkan jawapan di (b), hitungkan kos membeli:
(i)    Ammonium Sulfat
(ii)   Muriat potasy
[3 markah]
(d)   Kos membeli Ammonium Sulfat bagi kawasan seluas 50 hektar
[2 markah]




4.     Jadual 3 menunjukkan anggaran perbelanjaan dan pendapatan penanaman sawi di kawasan seluas satu hektar.

Butiran
Amaun
Jumlah hasil
8 200 kg
Harga hasil
RM 0.80/kg
Membersih kawasan
RM 550.00
Penyediaan tanah
RM 400.00
Bijibenih
RM 80.00
Menanam
RM 400.00
Menjarang
RM 200.00
Baja
RM 240.00
Racun
RM 150.00
Merumput
RM 250.00
Membaja
RM 300.00
Meracun
RM 200.00
Bakul
RM 100.00
Memungut hasil
RM 550.00
Jadual 3

(a)    Sediakan belanjawan bagi bidang usaha itu dengan kos luar jangka 10%      
[9 markah]

(b)    Hitungkan pulangan setiap ringgit dilabur
[2 markah]

(c)   Berdasarkan jawapan di (b),  hitungkan keuntungan jika seorang petani mempunyai modal RM25,000.00 dan kawasan seluas 25 hektar.
[4 markah]

  



  

BAHAGIAN C
(Jawab satu soalan sahaja)

5.     Rajah 2 menunjukkan hasil amali kaedah pembiakan tanaman secara aseks.

                           
                                                             Rajah 2

(a)   Nyatakan kaedah pembiakan aseks itu.
[1 markah]
(b)   Nyatakan dua perkara yang perlu dipatuhi semasa melakukan amali itu.
[2 markah]
(c)   Huraikan langkah melakukan amali kaedah pembiakan itu.
[12 markah]


6.     Rajah 3 menunjukkan kaedah menentukan pH tanah menggunakan kaedah larutan penunjuk.

x
 

 
                                                              Rajah 3

(a)   Nyatakan bahan X
  [1 markah]
(b)   Nyatakan tiga perkara yang perlu dipatuhi semasa anda melakukan eksperimen itu.
  [3 markah]
(c)   Huraikan langkah anda melakukan eksperimen itu.
[11 markah]




SOALAN TAMAT




  



SKIMA KERTAS 2

1  (a)  Mengatasi masalah Kekurangan tenaga buruh

i.       Menggunakan alat mekanisasi ladang/teknologi baru
-          Menggunakan alatan moden/mesin-mesin
-          Contoh: alat membaja/menyiram/mengawal perosak/mesin pemerah susu/ mesin memberi makan dan minum
-          Mesin dikendali seorang sahaja/tidak perlu ramai pekerja

ii.      Menggunakan tenaga buruh asing
-          Mengambil pekerja asing dari luar/ pekerja Indonesia/ Bangladesh dll
-          Upah yang murah

iii.     Tenaga kerja ahli keluarga/ derauan
-          Anak-anak/ saudara mara/ orang kampong secara bergotong royong

iv.     Kerja kontrak
-          Mengupahkan kepada kontraktor dengan menetapkan bayaran dan tempoh masa yang ditetapkan
Mana-mana 2F
2F+2H=4 markah
(b) Cara mengawal penyakit ternakan
1.         Pengawalan vektor
-            Kawalan organisma pembawa penyakit/ pathogen/ virus/ bakteria/ kulat
-            Vektor seperti lalat/ lipas/ burung
-            Dengan menutup reban/ amalan sanitasi/ sembur racun

2.         Amalan sanitasi
-            Kawasan sentiasa bersih/ basmi kuman sebelum masukkan ternakan
-            Bersihkan tinja/ sampah/ rumpai yang panjang/ bersihkan persekitaran
-            Dapat mengelak tempat pembiakan/ perumah parasit
-            Air minuman yang bersih

3.         Penghapusan
-            Serangan kronik/ penyakit tiada ubat/vaksin/ penyakit merbahaya
-            Secara membunuh/ ditanam/ dibakar
-            Untuk mengelak penyakit merebak kepada ternakan lain/manusia

4.         Pemvaksinan
-            Bahan antigen
-            Merangsang penghasilan antibodi
-            Memberi keimunan terhadap penyakit
-            Kaedah pengawalan (suntikan/ campur dalam makanan)
-            Contoh vaksin (Ranikhet F/Fowl pox/ H120)

5.         Penakaian
-            Pengasingan ternakan berpenyakit daripada ternakan lain
-            Mengelak penyakit berjangkit
-            Mengelakkan sentuhan/ hembusan nafas/ cecair badan mengenai ternakan lain

6.         Pemberian makanan seimbang
-            Mengandungi semua nutrien yang diperlukan
-            Mengandungi semua kelas makanan
-            Kuantiti yang betul dan cukup
Mana-mana 3 fakta
3F+3H=6 markah

           (c) Cara mengurangkan cuaca panas (Himpitan Iklim)
1.      Perumahan yang sesuai/sempurna
-        Menyediakan bangunan/kandang/reban
-        Ruang mencukupi/ lantai luas
-        Pengudaraan yang baik
-        Cahaya yang cukup/bangunan memanjang arah utara selatan
-        Meletakkan lindungan seperti jaring hitam untuk mengelak cahaya matahari yang terik

2.    Menyediakan naungan/lindungan
-        Tempat ternakan berteduh/ mengelakkan pancaran matahari yang terik
-        Menanam pokok naungan/ menyediakan bangsal di kawasan ragutan
-        Pokok yang rendang/tidak toksid@beracun/tidak berduri/ bangsal yang tinggi 3-4 meter.

3.    Ragutan waktu malam
-        Waktu malam suhu rendah/ sejuk
-        Ternakan lebih banyak mengambil makanan daripada minum
-        Dapat mengelakkan ternakan mengalami kekurangan nutrien yang boleh menganggu tumbesaran

4.    Memberi makanan yang bernutrien tinggi
-        Akan meningkatkan lagi tumbesaran/ menampung aktiviti ternakan
-        Pemberian makanan pembuka selera dapat meningkatkan ragutan dan tumbesaran ternakan/  pemberian air sejuk dapat menambahkan pengambilan makanan
-        Makanan yang mempunyai kandungan protein kasar yang tinggi
-        Contoh makanan bernutrien tinggi seperti konsentrat/ PKC (Palm Kernel Cake=hampas isirong kelapa sawit)
Mana-mana 2 fakta
(2F + 2H = 4 markah)
(d)  Racun cacing/ Racun parasit luar/ antiseptik/ antibiotik/vaksin/ nama-nama vaksin           
                                                                                                   Mana-mana 1 : [1 markah]


2.  (a)   (i)  Permanian beradas          [1M]

(ii)  Kebaikan pembiakan permanian berbanding kaedah semulajadi.
    1.  Data/Maklumat dikenalpasti (F)
                          - Anak yang dilahirkan dikenalpasti keturunannya
                          - Sifat yang dikehendaki dapat ditentukan
                          - Waktu pembuntingan dan kelahiran dapat ditentukan/diketahui
                          - Generasi baka diketahui

                2.  Semen Berkualiti (F)
                        * Semen pejantan baka baik serata dunia boleh diperolehi
* Dapat kawal merebaknya penyakit kelamin berjangkit seperti vibriosis, brucellosis, leptospirosis
* Kualiti semen diketahui dan Dapat mengelak penggunaan pejantan yang tercedera/ sakit atau terlalu tua
* Semen baka jantan yang baik boleh disimpan walaupun pejantan  telah mati
                        * Peratus sperma hidup tinggi

    3. Kos Mengurus Rendah (F)
                        - Tanpa membawa pejantan
                        - Tiada kos menjaga dan makanan pejantan    
                        - Peralatan boleh digunakan dalam jangkamasa yang lama
                          (tidak perlu membeli alatan selalu)
                        - Banyak induk betina yang dapat disuntik dengan semen yang sama
                        - Semen boleh dicairkan

4. Mengelak kecederaan (F)
                        * Dapat mengelak kerakusan pejantan
                        * Ternakan betina dipasung
                        * Ternakan betina tidak dikejar/berlari, tidak terjatuh/ masuk parit
                           atau longkang

5. Peratus (%) kebuntingan tinggi (F)
                        - Induk betina dalam keadaan galak/estrus
                        - Waktu estrus dikenalpasti dengan tepat/betul
                        - Peratus sperma hidup tinggi
                        - Sperma tepat dilepaskan ke uterus

6. Anak sebaya dapat dihasilkan (F)
                                    * Lebih banyak anak sebaya dapat dihasilkan
* Lebih banyak induk betina boleh disuntik semen berkualiti yang
   sama.
                                    * Semen boleh dicairkan
                                    * Proses permanian beradas memakan masa yang singkat.
                                    * Boleh banyak suntik semen pada induk betina

                                                                        Mana-mana 3 fakta:[3F+3H = 6 Markah]
  
    
              (b)  (i) 
¨     Bidang usaha R  [1m]
¨     - PSRL bidangusaha R paling tinggi berbanding bidangusaha P dan Q  atau
- PSRL bidangusaha R=2.10 berbanding P=1.37 dan 0.99 atau
- Bidangusaha R setiap ringgit yang dilabur untung RM1.10 berbanding P untung  RM0.37 dan Q rugi 0.01
[1 m]

                   (ii)
Ø Meneruskan bidang usaha
·         Bidangusaha menguntungkan walaupun sedikit/kecil
·         Minimumkan penggunaan input
·         Pulangan setiap ringgit yang dilabur lebih daripada 1

Ø Mengubahsuai pengurusan bidang usaha
·         Mengatasi/ membaiki kelemahan
·         Bidangusaha masih menguntungkan
·         Supaya Pulangan setiap ringgit yang dilabur lebih tinggi

Ø Menggantikan bidang usaha
·         dengan bidangusaha lain yang lebih menguntungkan
·         kerana bidangusaha itu untungnya kecil
·         Pulangan setiap ringgit yang dilabur rendah
Mana-mana 1 fakta ; [1F+1H=2 markah]
(iii)   
ü Pendapatan Tinggi/ meningkat
·         Tingkatkan kuantiti hasil/ kuantiti hasil tinggi /pengurusan bidang usaha yang baik membaja,mengawal perosak dan penyakit/ hasil tidak rosak/tidak berpenyakit
·         Dapatkan harga jualan yang tinggi (hasil berkualiti, tempat jualan yang strategik, masa  jualan yang sesuai seperti musim perayaan
·         Permintaan meningkat/ dijual ditempat strategik/ musim perayaan

ü Perbelanjaan rendah/kurang
·         Alat/bahan dibeli secara pukal/ banyak
·         Harga alat/bahan rendah
·         Menggunakan pekerja asing/ ahli keluarga/upah kurang
·         Kos luar jangka/kos sampingan kurang
                                                                        [2F+2H = 4 markah]




BAHAGIAN B
(Jawab satu soalan sahaja)



3.   (a)

(i)       50 x 21           (1m)                                     (ii)  50 x 30
     100                                                              100
= 10.5 kg Nitrogen (N)   (1m)                           = 15 kg P2O5  (Fosforus)     (1m)


(iii)    50 x 60                                                        (iv) 50 x 18       (1m)
  100                                                                     100       
= 30 kg K2O (Kalium)    (1m)                            = 9 kg K2O (Kalium)    (1m)


(b)                                                                        
(i)      120 x 100       (1m)
     21
= 571.43 kg Ammonium Sulfat   (1m)

(ii)     80 x 100
    30
=266.67 kg Fosfat Asli  (1m)

(iii)    175 x 100
      60
=291.67 kg Muriat potasy    (1m)    
                

(c)                     
(i)     65  X 571.43     (1m)
50
=RM 742.86    (1m)

(ii)    84  X 291.67    
50
=RM 490.00 @ 490.01    (1m)

(d)     RM 742.86 x  50      (1m)
= RM 37,143.00       (1m)






4.   (a)
Perkara
Amaun (RM)
Pendapatan
(8200 x RM0.80)  (1m)

 RM 6,560.00       (1m)
Perbelanjaan
Membersih kawasan
Penyediaan tanah
Bijibenih
Menanam
Menjarang
Baja
Racun
Merumput
Membaja
Meracun
Bakul
Memungut hasil

Jumlah Kos

Kos luar jangka
10  x  RM 3,420.00    (1m)
100

Jumlah Perbelanjaan
(RM3,420.00 + RM342.00)   (1m)

Keuntungan
(RM6,560.00 – RM3,762.00)  (1m)


RM 550.00
RM 400.00
RM 80.00
RM 400.00
RM 200.00
RM 240.00
RM 150.00
RM 250.00
RM 300.00
RM 200.00
RM 100.00
RM 550.00

RM 3,420.00  (1m)


RM 342.00   (1m)


RM 3,762.00   (1m)


RM 2,798.00   (1m)

      (b)  Pulangan setiap ringgit dilabur = RM6560     (1M)
                                                             RM3762
                                                           = 1.74                      (1M)

(c)   Pendapatan      = RM25,000 x 1.74
= RM 43,500.                                     (1M)
            Keuntungan       = RM 43,500 – RM 25,000
                                    = RM18,500                           (1M)
             Keuntungan 25 hektar   = RM18,500 x 25        (1M)
                                                 =RM462,500              (1M)




BAHAGIAN C
(Jawab satu soalan sahaja)


5.      (a) Tut/Markot    (1 markah)

(b)
1.     Gunakan pisau yang tajam dan bersih
2.     Kikis lapisan kambium sehingga habis/bersih.
3.     Lekap medium dengan kemas
4.     Balut dengan ketat                                           mana-mana 2 : 2 markah
  


               (c)  Langkah amali:
1.       Sediakan medium tut/ lembabkan medium dengan air sehingga melekit/ bentukkan menjadi satu bebola sebesar genggam tanga/ Rendam Giffy-7
2.       Pilih dahan/ranting yang sesuai berdiameter 1-2 cm.
3.       Potong ranting kecil atau daun pada tempat yang hendak dilakukan tut.
4.       Buat 2 kelaran mengikut lilitan ranting berjarak 3-4 cm.
5.       Buat 1 potongan memanjang yang menyambungkan kedua-dua kelaran itu.
6.       Kopek/kupas/buang kulit kayu
7.       Kikis tisu/lapisan kambium
8.       Sapu hormon pengakaran pada kelaran atas.
9.       Bahagikan bebola kepada dua dan lekapkan medium disekeliling kelaran.
10.    Padatkan medium
11.    Balut dengan plastik lutsinar.
12.     Ikat plastik lursinar dengan tali rafia pada kedua-dua hujung gumpalan medium.
       12 langkah=12 markah
6.                                                                                                                                                       
(a)   Barium Sulfat    (1m)
  [1 markah]
(b)   Tiga perkara yang perlu dipatuhi semasa anda melakukan eksperimen itu:
i.      Kuantiti barium sulfat dan sampel tanah sama banyak
ii.     Jangan gunakan ibu jari menutup tabung uji semasa mengoncang
iii.    Goncang sehingga sebati
iv.   Letakkan kertas putih di belakang tabung uji semasa membuat pemerhatian
Mana-mana 3: [3 markah]
(c)   Langkah eksperimen:
1.     Masukkan Barium Sulfat ke dalam tabung uji  sebanyak 2.5sm (tinggi tabung uji)
2.     Masukkan sampel tanah sebanyak 2.5sm (tinggi tabung uji)
3.     Masukkan air suling sehingga ¾ penuh tabung uji
4.     Titiskan 4-5 titisan larutan penunjuk universal
5.     Tutup tabung uji dengan penyumbat getah
6.     Goncang tabung uji
7.     Letakkan tabung uji pada rak tabung uji
8.     Biarkan tanpa gangguan selama sekurangnya 20 minit
9.     Perhatikan warna yang terhasil.
10.  Bandingkan warna yang terhasil dengan carta pH
11.  Tentukan pH tanah tersebut                                            [11 markah]




JAWAPAN TAMAT