ANAKLAUT

Thursday 9 January 2014

Flat grafting(cantuman rata) untuk adenium

                              Di Malaysia kini ramai peminat adenium ( kemboja cina), untuk memiliki adenium idaman hanya orang-orang yang mempunyai duit lebih  sahaja dapat memilikinya kerana harga adenium yang berbunga cantik masih mahal. Sekarang perkembangan baka-baka adenium yang terbaru dan cantik-cantik menjadi kegilaan orang ramai untuk memilikinya
                                Rasanya masih belum terlambat saya mencadangkan cara yang paling mudah untuk mendapatkan adenium dengan harga yang rendah, dengan teknik pembiakan cantuman. Sebenarnya ada banyak cara cantuman yang diamalkan di Malaysia, contohnya cantuman mata tunas, cantuman baji, cantuman sanding dan sebagainya lagi. Saya mencadangkan satu teknik cantuman yang jarang dibuat oleh peminat adenium, jika adapun yang sudah dicantuman kebanyakannya import dari Siam.

 anakbenih dalam bekas semaiaan

 Langkah seterusnya dipindakan ke bekas yang lebih besar






  Pembesaran mengambil masa 1-3 bulan


Pokok sudah sesuai untuk langkah seterusnya bosai atau cantuman

Anakbenih dalam bekas semaian sebelum dipindahkan ke pasu-pasu kecil untuk pembesaran kemudian dicantumkan dengan baka-baka rosy adenium bila batang sesuai untuk cantuman.

Untuk mendapatkan benih yang banyak dan murah baka jenis yang ini sentiasa berbunga dan berbuah kutip bila benih dah tua. kalau tidak ia akan bertaburan ditiup angin bila ia sudah pecah.

Antara beberapa contoh rosy adeniaum yang cantik

                  Untuk mencantum pokok adenium ini, kita mestilah menyemai benih adenium yang mudah tumbuh biasanya dari baka tempatan yang harganya murah.Semaian ini dijaga dan di pindahkan ke polibag atau pasu-pasu kecil untuk beberapa bulan. Bila batangnya sesuai untuk dicantum  langkah yang ditunjukan dibawah boleh diikuti,


Peralatan dan bahan adalah yang paling mudah di dapati iaitu pisau yang tajam, gelang getah dan plastik pembalut, dahan adenium baka terpilih(yang mahal) dan pokok penanti

 Dahan hendaklah dipilih dari pokok yang subur dan berkayu hijau

Pokok penanti yang sesuai untuk dicantumkan dengan teknik cantuman rata

Sedia untuk dicantumkan

Kerat batang dengan pisau yang tajam, proses ini mesti dilakukan dengan cepat supaya tidak ada bakteria dan virus terkena pada keratan.

Panjang keratan 2cm terdapat 2 atau 3 mata tunas adalah yang terbaik

Pokok penanti juga dikerat serentak dengan keratan batang tadi

kemudian dicantumkan dengan cepat, pastikan mata tunas mengarah ke atas.



Tekan dan balut dengan plastik supaya tidak terkena air dan jangkitan mikroorganisma

Ikat dengan kemas menggunakan gelang getah

Proses mencantum cantuman rata selesai dan biarkan 7 hingga 10 hari untuk menentukan kejayaannya



Selepas 10 hari balutan dibuka, jika masih hijau dan melekat pada pokok penanti maksudnya cantuman itu telah berjaya, jika busuk dan lembik cantuman gagal, cantuman ini perlu diulang lagi mengikut langkah permulaan tadi.sampai cantuman berjaya. Berapa hari selepas balutan dibuka mata tunas yang baru akan muncul.
                                                      Mata tunas cantuman yang berjaya



Mata tunas ini akan membesar mejadi pokok yang baru seperti baka yang dikendaki



Teknik cantuman baji






Beberapa pokok yang telah berjaya dicantumkan


Pokok yang telah bercantum sepenuhnya beumur sebulan dan sebulan lagi akan mengeluarkan bunganya yang cantik.



Berapa pokok cantuman yang sedang membesar


Selepas beberapa bulan, cantuman mula berbunga

Kuntum-kumtum dari pokok cantuman mula berbunga mengikut spesis yang kita cantumkan

rupa bunga yang asal(jenis murah) sebelum dicantumkan



Cantuman sisi yang mudah

Jika cantuman rata gagal boleh juga di cuba cantuman sisi

Baca juga yang ini




Hasil cantuman yang sudah berbunga



Ada banyak adenium yang cantik boleh kita cantumkan dengan adenium kita yang berharga murah.
Bila cantuman sudah berjaya harganya akan meningkat

















 Semuga dengan panduan ringkas ini dapat membantu para peminat adenium untuk memilik seberapa banyak koleksi adenium yang cantik dari hasil cantuman sendiri. Mungkin kali pertama gagal cuba lagi suatu waktu pasti akan berjaya mencantumkannya. Kalau adenium ini dijaga dengan betul ia boleh menjadi bonsai yang cantik, semua ini perlu kesabaran dan ketekunan pasti anda akan merasai kepuasanya nanti.