ANAKLAUT

Tuesday 7 April 2015

POKOK BUAH TIN DI MALAYSIA



Awal bulan ini kecoh bila pokok kurma yang ditanam di Malaysia telah

 mengeluarkan buah   yang lebat. Namun ada satu lagi buah yang barokah
  
 dari timur tengah telah bejaya ditanam 


di Malaysia malah tumbuh subur dan berbuah lebat.

Pokok tersebut adalah Pokok Buah Tin

Allah swt dalam Al-Quran bersumpah dengan nama buah tin :


 "Demi Buah Tin dan Zaitun"  (Ayat pertama Surah At-Tin).

Nama buah tin turut tersemat dalam satu hadis Rasulullah swt yang berbunyi "Jika Aku 


mengatakan ada buah yang turun dari surga maka inilah buahnya(Tin)".

Umum mengetahui buah tin adalah buah yang subur disemenanjung arab dan juga di 

Turkey selaku pengeksport terbesar.

Selain di Timur Tengah, buah tin juga sudah mula ditanam dan dikomersialkan 

dari Amerika Utara hinggalah ke negara Jepun.

Siapa sangka buah tin ini juga mampu hidup di Malaysia. Hari ini sudah ada beberapa 

pengusaha yang menanam dan mengkomersialkan buah ini di Malaysia.

Thailand dan Indonesia antara negara jiran beriklim tropika yang lebih awal membuka 

langkah serupa.


Beberapa jenis yang telah di tanam di Malaysia


Black Ischa


Brown Turkey


\
Green Jordan


GSY


Long Yellow


LSU Gold



MD(A)


Negrome


Red Labannese


Wuhan






CARA BUAT TEH DAUN TIN


 1.Petik daun Tin yang sudah cukup tua, kira-kira daun kelima dan seterusnya

    dari pucuk.

2. Tiriskan getah yang masih terdapat pada daun Tin dengan cara letakankan 

   
    daun dengan batang   menghadap ke bawah  sampai lebih kurang  satu  jam

     di tempat teduh.

3. Jangan sampai getah yang menitis mengenai daun..

4. Cuci daun dengan air mengalir lalu tiriskan airnya..

5. Jemur daun di tempat yang terkena matahari penuh

6. Cek kondisi daun setelah di jemur selama tiga jam, jika sebahagian besar

  
     sudah boleh diramas dan di   hancur. Potong  tangkai daun sampai separas daun..

7. Jemur kembali sampai  kering dan dapat di ramas sampai hancur..

8. Setelah kering ramas daun hingga hancur, buang urat daun yang tidak hancur..

9. Daun teh siap untuk di nikmati


Cara menikmati

1. Ambil 1 sudu makan Teh daun Tin

2. Bancuh dengan air panas, dan tutup.

3. Jika ingin menambahkan gula, hanya gunakan gula batu jangan gula pasir.

4. Kacau teh dengan menggunakan sudu plastik atau kayu, jangan menggunakan

    
     sudu besi.

5. Minum bancuhan teh yang masih hangat.

6. Jangan biarkan bancuan sampai lebih dari 12 Jam, karena kadar zat di dalamnya

  
     sudah berubah  dan tidak sesuai di   minum


Baik untuk

 - antioksidan, anti tumor dan anti kenser

- membantu pesakita diabetes


- menghancur batu karang


- mengurangi sesak napas/asma, bronkitis 


- sebagai pencair kahak


- mencegah dan mengatasi buasir


- mengatasi sirosis hati.


- mengatasi dan menstabilkan tekanan darah.


- mengurangi risiko penyakit jantung dan obesiti


- mencegah dan mengubati lelah.


Aturan:
- Pencegahan : 1-2 cawan/ sehari

- Pengubatan : 

Hari 1 - 7 : 1-2 cawan/hari 

Hari 8 - 21 : 3-4 cawan/ hari.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita kami

Kami juga sudah mula menyemai dan menanam pokok tin, tidak lama lagi kami juga akan memulakan memasarkan benih tin