ANAKLAUT

Wednesday 14 December 2016

Mari menanam sayuran

Tanaman Sayuran Di keliling Rumah


              Jika rumah anda ada sedikit ruang, mungkin ada ingin rumah kelihatan cantik landkapnya, saya ingin bekongsi pengalaman dengan anda. Untuk permulaanya anda buatlah lakaran kawasan kosong di sekitar rumah anda dan tandakan pokok dan tanaman apa yang hendak ditanam. Campuran sayuran dan pokok bunga mungkin memberi kepuasan dan keuntungan dari segi ekonomi rumah tangga. Warna cantik bungaan di samping sayuran membuat rasa tenteram pada pemilik rumah



\


             Hasil tanaman ini jika berlebihan boleh juga dijual di pasar, ini boleh membantu menjimatkan belanja dapur. Mungkin antara kita rasa malas dan tak ingin mengotorkan tangan  bermain dengan tanah dan tumbuhan. Sikap inilah sebenarnya yang menjadi penghalang pada kebanyakan kita, sanggup membiarkan semak-samun diseliling rumah. Dengan kenaikan harga barang sekarang kebanyak kita sudah jadi miskin walaupun ada duit kerana duit kita menjadi kurang nilainya kerana kenaikan barang ini. Jika kita ada lima puluh ringgit untuk ke pasar apakah barang yang dapat kita beli, tentu anda perasan yang kita tidak semewah dulu lagi.

          
               Ada banyak sayuran yang boleh ditanam di sekliling rumah kita, pastikan tanaman asas keperluan harian dapur dulu di utamakan. Cili pada, serai, halia, kunyit, pokok limau purut dan daun kari mungkin yang perlu diutaman kerana boleh dikatakan pengunaannya sangat penting untuk kebanyakan masakan kita. Tanaman lain boleh di tambah mengikut ruang yang tinggal. Kita beruntung Malaysia negara yang subur kerana kebanyakan tanaman boleh hidup dengan subur di mana-mana tempat di Malaysia.











Tanaman hiasan bunga adenium dan campuran sayuran buah cili dan terung




Terung boleh berbuah ketika berumur dua bulan dan tahan bertahun-tahun jika dijaga dengan baik


  Lada boleh di jadikan sayuran masa masih hijau dan menjadi campuran kebanyakan masakan kita




Bunga petola ini juga cantik dengan warna kuning terangnya



Tanaman hiasan bunga-bungaan boleh di tanam dalam pasu kerana cara ini pokok-pokok itu boleh di pindakan ke mana-mana di sekitar rumah. Lebih cantik jika digandingkan dengan pokok sayuran.



Bunga  pokok bendi dengan kelopak besarnya memang menarik masa ia kembang



Hasil yang sudah dikutip segar dari halaman

                   Semuga dengan pendedahan ini dapat menimbulkan minat dikalangan kita untuk berbudi pada tanah. Disamping boleh menjadi aktiviti yang menyihatkan boleh juga mencantikan persekitaran rumah, paling penting boleh membantu menjimatkan belanja dapur dalam musim kenaikan harga bermacam-macam barang keperluan harian. Selamat mencuba 

Wednesday 14 September 2016

Pokok tin di SMK Bagan Terap.Sungai Besar Selangor.

(Projek Persatuan Sains Pertanian)





 Pengenalan
Dua tahun yang lalu heboh bila pokok kurma yang ditanam di Malaysia telah mengeluarkan buah  yang lebat. Namun ada satu lagi buah yang barokah   dari timur tengah telah bejaya ditanam di Malaysia malah tumbuh subur dan berbuah lebat. Pokok tersebut adalah Pokok Buah Tin Allah swt dalam Al-Quran bersumpah dengan nama buah tin : "Demi Buah Tin dan Zaitun"  (Ayat pertama Surah At-Tin).Nama buah tin turut tersemat dalam satu hadis Rasulullah swt yang berbunyi "Jika Aku mengatakan ada buah yang turun dari surga maka inilah buahnya(Tin)".Umum mengetahui buah tin adalah buah yang subur di semenanjung arab dan juga di Turkey selaku pengeksport terbesar. Selain di timur tengah, buah tin juga sudah mula ditanam dan dikomersialkan dari Amerika Utara  hinggalah ke negara Jepun.Siapa sangka buah tin ini juga mampu hidup di Malaysia.Hari ini sudah ada beberapa pengusaha yang menanam dan mengkomersialkan buah ini di Malaysia.Thailand dan Indonesia antara negara jiran beriklim tropika yang lebih awal membuka langkah serupa. Minat penulis pada pokok tin telah menimbulkan ilham untuk membiakanya di sekolah, dari pengalaman tiga tahun menanam pokok tin di kawasan terbuka di sekitar halaman rumah. Kebetulan pula seorang guru sains pertanian. Menanam pokok tin di sekolah akan memberi peluang murid-murid yang yang mengambil subjek sains pertanian mempelajari dan menjalankan teori dan amali yang sememangnya ada dalam sukatan pelajaran mereka.

                                                   

            Bermula di tapak semaian murid-murid membuat campuran semaian untuk
                                                       keratan pokok tin
                 


Keratan pokok tin disediakan dari berbagai vareiti



         Campuran semaian dengan nisbah campuran 3:1:1 dan baja organik diisi dalam
                                                             polibag 10in.
 Semaian keratan disemai dan disiram setiap hari

                           Pilihan cara pembiakan pokok tin lihat juga ini


contoh semaian yang membesar



                     Semaian sedia dipindah ke tapak projek setelah berumur dua bulan






         Persedian tempat penanaman dengan jarak antara poakok 2 meter dan antara
                                                               barisan 3 meter


 Murid membuat  persedian di tapak projek dengan membuat lubang tanaman dan mengisi dengan campuran tanaman nisbah 7:3:2 dan baja organik


                          Lubang ditutup dengan plastik menunggu anak pokok di tanam

Penjagaan pokok tin.

Keperluan pokok tin  membesar dengan sempurna adalah  bagaimana kita menjaganya, keperluan utamanya adalah air, cahaya dan nutrien(baja). Air adalah membekalkan H2O dan sistem pengangkutan untuk membawa nutrien keseluruhan pokok. Kawasan yang lapang membolehkan daun mendapat cahaya yang optima menjadikan proses fotosintisis menghasilkan bekalan makanan yang mencukupi untuk pokok membesar dan berbuah.

                                                                                 



                                   Peralatan pengairan yang di pasang untuk tanaman pokok tin



Untuk memdapatkan bekalan air yang mencukupi sistem pengairan yang terbaik perlu dipasang. Murid-murid telah diajar cara pemasangan sistem ini. Pemasa di pasang untuk jangka masa yang di peruntukan penyiraman pagi dan petang.

                                                                     
                                              Pokok dipindah ke lubang yang disediakan  

Amali cantuman cara kami. cantuman baji pokok tin
                                                                   




                       Pokok dari biji benih dicantum dengan vareiti BTM6 dan Wuhan


                Selepas dua minggu camtuman mula bertunas dan membesar





Pembajaan dan kawalan perosak



Baja yang digunakan adalah baja organik yang mempunyai nisbah NPK 5:5:5. membaja mengikut peringkat umur pokok kecil satu sudu kecil 2 minggu sekali dan pokok besar dua sudu besar dua minggu sekali. Perosak biasanya ulat dan belalang dikawalan dengan semburan racun serangga berkala cuma racun kelas 111 digunakan kerana tahap bahayanya yang rendah pada manusia. Karat daun pula dikawal cara fizikal iaitu membuang daun yang berpenyakit. semburan racun kulat hanya diguna jika tahap serangan begitu teruk.


Pokok membesar dengan sempurna dengan pembajaan dua minggu sekali mengunakan baja organik







                        Lima bulan selepas ditanam pokok tin mula berbuah dengan lebatnya




Murid-murid teruja melihat pokok dan buah tin yang mereka tanam mula berbuah



                                       Inilah buah tin yang  masak dari vareiti IBG

                                                                         





Guru lain juga berminat dan
  pekerja sekolah pun teringin nak merasa buat tin yang ditanam


                                              Buah tin vareiti Brown Turkey sedia dijamah

Penutup

Mungkin pengalaman kami ini boleh menjadi contoh untuk sekolah-sekolah yang mengambil subjek sains Pertanian. Walaupun bukan yang terbaik tapi kami gembira kerana persatuan Sains Pertanian SMK Bagan Terap berani kedepan mencuba walau satu projek yang mahal tapi berbaloi.