ANAKLAUT

Wednesday 20 January 2016

Iklim- Faktor Cahaya

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN

IKLIM
2.1      PENGENALAN – Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan 
        ialah  iklim, tanah, biosis, genetik dan pengawalatur pertumbuhan
2.2    IKLIM –  Unsur iklim   ialah  cahaya, suhu, hujan dan angin  
         
         Cahaya
Kesan cahaya  -  Fotosintesis dan Kefotokalaan
a.      Fotosintesis
  • Satu proses tumbuhan menghasilkan karbohidrat dan oksigen daripada karban dioksida, air dan tenaga cahaya matahari.
  • Proses ini berlaku dalam kloroplas.
  • Dalam kloroplas terdapat klorofil. Klorofil berfungsi memerangkap tenaga dari cahaya matahari.
6CO2 +        12H2O               C6H12O6 +  6H2O  +  6O2
(dari udara)  (diserap oleh akar)        (kanji)
  • Fotosintesis terdiri dua peringkat:

          
i.            Tindak balas cahaya
-     memerlukan cahaya matahari dan berlaku dalam kloroplas.
-       menghasilkan NADPH
ii.            Tindak balas gelap

-       berlaku tanpa cahaya dalam kloroplas .
-       berlaku urutan tindakbalas yang dinamakan Kitar Calvin
-       menghasilkan karbohidrat
  • Faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis:
i.      Keamatan cahaya / intensiti cahaya
-     kadar fotosintesis bertambah bila keamatan cahaya bertambah
ii.      Suhu
-     suhu bertambah kadar fotosintesis bertambah hingga had tertentu
iii.       Gelombang cahaya
-     gelombang cahaya berwarna biru dan merah diperlukan dalam proses
       fotosintesis
-       gelombang cahaya berwarna biru dan merah diserap  oleh klorofil dan digunakan            
          sebagai tenaga dalam tindak balas cahaya.
-       jika cahaya kurang, gunakan cahaya tiruan dari lampu pijar dan  lampu 
          pendarflour


b.      Kefotokalaan
  • Reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan malam
  • Reaksi samada tampang atau berbunga.
  • Dipengaruhi oleh tempoh siang dan malam.
  • Tanaman tempoh siang pendek seperti orkid Phaleonopsis, kacang soya,nanas dan ubi keledek, padi
  • Tanaman tempoh siang panjang seperti gandum, pokok jarak dan ubi kentang.
  • Tanaman tropika seperti kelapa, padi dan mangga neutral terhadap tempoh siang.
Faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan
1.       Keluasan permukaan daun
  • lebih luas permukaan daun didedahkan kepada cahaya matahari maka lebih banyak sel daun dapat menjalankan fotosintesis.
2.       Susunan daun
  • tegak – lebih banyak daun terdedah kepada cahaya
  • susunan berlapis-lapis  – cahaya tertumpu kepada bahagian atas tumbuhan, daun di bawah kurang menerima cahaya
3.       Topografi
  • merujuk kepada keadaan bentuk muka bumi yang tidak rata atau tinggi rendah.
  • permukaan bumi yang bersudut tepat dengan pancaran cahaya matahari akan menerima lebih banyak cahaya matahari
  • bahagian bukit terdedah cahaya menerima lebih banyak cahaya.
4.   Naungan
  • mengurangkan penerimaan cahaya oleh tumbuhan.
  • untuk melindungi pokok yang sensitif terhadap cahaya matahari seperti anak pokok yang baru ditanam
  • naungan gunakan jaring hitam, daun kelapa, lalang dll.
Sokongan kayu tunggal
  • lada hitam
Sokongan kayu junjung
  • kacang panjang
Sokongan berpara
  • peria
  • petola
Sokongan berpagar
  • tomato
Kaedah untuk menggalakkan penggunaan  / mendapat cahaya yang optimum
1.       Memilih tapak yang sesuai.
  • kawasan rata, lapang dan tidak terlindung oleh bangunan atau pokok besar
2.       Menanam pada jarak yang sesuai.
  • mengurangkan persaingan untuk mendapat cahaya
  • penggunaan tanah secara maksimum.
  • Corak penanaman – sistem segi empat, sistem segi tiga dan sistem siku keluang
3.       Menyediakan sokongan.
  • supaya tumbuhan memanjat mendapat cahaya yang
         optimum
  • sokongan juga perlu untuk pokok jenis memanjat, berbatang lembu dan anak pokok baru ditanam
4.       Mengawal rumpai.
  • mengelak persaingan mendapatkan cahaya, nutrien, air dan ruang
5.       Membekalkan cahaya tiruan.
  • Lampu pijar
-       bekal cahaya warna biru hingga inframerah.
-       penggunaan tenaga elektrik tidak cekap
  • Lampu pendaflour
-       bekal kurang cahaya warna merah dan inframerah.
-       penggunaan tenaga elektrik yang cekap
6.       Menanam tanaman selingan.
  • gunakan ruang antara tanaman kekal dengan menanam
          tanaman jangka pendek
  • dapat mengoptimumkan penggunaan cahaya matahari
  • tidak bazir cahaya matahari dan rumpai tidak tumbuh
7.       Mencantas.
  • membuang bahagian tumbuhan yang tidak  diperlukan.
  • tujuan untuk membenarkan lebih banyak cahaya diterima
       oleh daun di bahagian dalam

SAINS PERTANIAN TINGKATAN EMPAT

PERTANIAN DI MALAYSIA

BAB 1     PERTANIAN DI MALAYSIA
1.1 Kepentingan Pertanian di Malaysia
a. Pengeluaran bahan makanan




  • Memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk
  • Kurang kos import bahan makanan
  • Memenuhi keperluan keselamatan negara


           
b. Pengeluaran bahan mentah
  • Bahan mentah untuk keperluan industri
  • Contoh : getah – tayar ; kelapa sawit – minyak masak dll.
c. Pendapatan eksport
  • Jualan hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit, koko dll.
  • Sumber aliran masuk wang asing
  • Meningkatkan KDNK Negara
d. Peluang pekerjaan
  • Melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar
  • Tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan
1.2    Tanaman dan Ternakan di Malaysia
TanamanKawasan utama
Kelapa sawit
  • Johor (Rancangan Johor Tenggara, Rancangan Johor Selatan, Segamat)
  • Pahang (Jengka, Pahang Tenggara)
  • Perak (Teluk Intan,Sungai Siput, Trolak)
  • Selangor (Klang, Kampar, Batang berjuntai)
  • Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau)
Getah
  • Johor, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Sarawak, Sabah
Koko
  • Perak (Teluk Intan)
  • Selangor (Sabak Bernam)
  • Johor (Batu Pahat, Muar)
Kelapa
  • Selangor (Sabak Bernam)
  • Perak (Teluk Intan,Bagan Datoh)
  • Johor (Batu Pahat)
  • Sabah (Lahat Datu, Tawau, Kudat)
  • Sarawak (Mukah, Kucing)
Padi
  • MUDA (Kedah-Perlis)
  • Dataran Kelantan
  • Seberang Perak
  • Krian-Sungai Manik
  • Barat Laut Selangor
Sayuran
  • Cameron Highlands, Banting, Lembah Kinta, Wakaf Stan dan Kundasang
Buah-buahan
  • Durian – Batu Kurau, Bukit Gantang, Segamat
  • Rambutan – P. Pinang, Muar
  • Limau – Jerantut, Ulu Terangganu
  • Limau bali – Ipoh
Teh
  • Teh tanah tinggi – Cameron Highlands dan Kundasang
  • Teh tanah pamah – Banting dan Bukit Cheding
Tebu
  • Kedah (Padang Terap)
  • Perlis (Chuping)
Kopi
  • Kedah – Kopi Robusta
  • Cameron Highlands – Kopi Arabica
Florikultur
  • Cameron Highlands, Johor, Perak ,Selangor
Lembu dan Kerbau
  • Kedah, Kelantan, Sabah, Pahang
Kambing & biri-biri
  • Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan
Ayam
  • Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor, Prai
Khinzir
  • Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Sarawak
1.2.1 Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
a. Faktor Iklim
  • Kawasan tanah pamah/rendah – suhu tinggi sesuai untuk tanaman getah, padi dll.
  • Kawasan tanah tinggi – suhu rendah sesuai untuk tanaman kubis, tomato dll.
  • Ternakan baka tropika sesuai diternak di Malaysia.
b. Faktor Sejarah
  • Zaman sebelum penjajahan Inggeris – tanaman sara diri seperti padi, kelapa dll.
  • Zaman penjajahan Inggeris – getah dan kelapa sawit.
- Imigran Cina membawa masuk ayam dan khinzir
- Imigran India membawa masuk lembu LID
  • Selepas merdeka pelbagai tanaman diusahakan
c. Faktor Ekonomi
  • Pasaran dan infrastruktur mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
  • Pasaran  perlu ada untuk memudahkan hasil  dipasarkan.
  • Infrastruktur ialah  kemudahan dan perkhidmatan asas (pengangkutan, bekalan elektrik, air  dll.) untuk membangunkan sektor pertanian.
d. Faktor Dasar Kerajaan
  • Kerajaan melancarkan DPN dan RRJP3
  • Peningkatan pengeluaran makanan dengan cara  pembukaan kawasan baru dan guna tanah secara intensif.
  • Peningkatan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian
  • Memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum
  • Kerajaan telah memajukan semula sektor pertanian secara sistematik
1.3  Trend Pertanian Di Malaysia
a. Mempelbagaikan tanaman dan ternakan
  • Matlamat   -   untuk mengelakkan negara bergantung kepada satu jenis tanaman atau ternakan sebagai punca pendapatan.
  • Faedah      -   menambah dan mempelbagaikan jenis tanaman dan ternakan
-   menambah pendapatan petani
-   mempelbagaikan ekonomi negara
-   meluaskan pasaran hasil pertanian
  • Bidang usaha yang berpotensi maju – lebah madu, daging rusa, burung unta, puyuh,  buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman herba.
b. Pertanian berorientasikan eksport dan komersial
  • Matlamat  -   untuk mendapatkan pendapatan eksport
-   untuk memperolehi tukaran wang asing
  • Bidang usaha yang berpotensi untuk dieksport – belimbing, manggis, jambu batu, petola segi, keledek, serai, orkid, kekwa dan ros
  • Masalah pemasaran:
-          Cukai import lebih tinggi
-          Persaingan dengan hasil serupa dengan keluaran negara pengimport
-          Kos penghantaran yang tinggi
-          Bentuk sekatan seperti peraturan kasihatan, keperluan sijil import dan keperluan
pembungkusan
c. Hubungkait pertanian dengan pelancongan
  • Agrotourism merupakan program pelancongan berasaskan pertanian
  • Contoh program agrotourism  seperti homestay, farmstay, hutan rekreasi dan kolam memancing ikan.
  • Kaedah untuk memajukan sektor agrotourism secara mengadakan ladang komersial, lebuhraya merentasi kawasan perladangan, muzium atau taman pertanian dan promosi melalui media massa.
d. Hubungkait pertanian dengan landskap
  • Landskap          -  pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalanraya dan tumbuh-tumbuhan
  • Perlandskapan  -  kegiatan merancang, merekabentuk dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia
  • Tujuan  -  menghasilkan pemandangan yang menarik, nilai estetika dan mendapatkan hasil yang lumayan
  • Contoh -  getah dan kelapa sawit ditanam berdasarkan susunan dan corak tertentu.
e. Ladang kontrak
  • Perladangan yang melibatkan perjanjian secara rasmi di antara pengusaha pertanian dengan pembekal (pembeli/penyedia modah)
  • Tujuan -   mengurangkan risiko kerugian dan menyediakan pasaran hasil pertanian yang tetap
  • Faedah:
Pengusaha PertanianPembeli
-          Tidak bimbang pemasaran hasil
-          Tidak memerlukan modal yang banyak bagi memulakan perusahaan
-          Mendapat latihan, khidmat nasihat dan kemudahan lain dari pembeli
-          Mendapat bekalan pada masa  ditetapkan
-          Mendapat bekalan pada harga dipersetujui
-          Mendapat bekalan mengikut kuantiti dan  kualiti yang ditetapkan
  • Contoh ladang kontrak  - ayam pedaging untuk restoran KFC, ikan keli dan siakap untuk restoran dan bunga untuk hotel
f. Penggabungan ladang kecil
  • Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau ladang bersaiz besar seperti mini estet
  • Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi
  • Mempastikan keberkesanan  penggunaan sumber sedia ada
  • Agensi pertanian seperti LPP membekalkan input pertanian dan pemasaran
  • Ahli menjaga dan menguruskan ladang mereka
    • Tujuan -    meningkatkan produktiviti ladang dan pendapatan petani melaluipembangunan komoditi dalam jumlah yang besar dan tersusun.
g. Perhutani
  • Maksud
-           Kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan bersama-sama
-           Beberapa jenis tanaman yang sesuai digabungkan dalam satu                                          kawasan
  • Tujuan         -           memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber                                       pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal
  • Contoh – tanaman rotan di dalam kebun getah, ladang pokok jati dan sentang
  • Manfaat integrasi pertanian dan perhutanan:
-          Mewujudkan ruang untuk gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian.
-          Mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah.
-          Menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri pertanian.
-          Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan dari tanah yang sama.
-          Mengurangkan permintaan untuk tanah pertanian yang baru.
-          Meningkatkan pendapatan dari pelaburan.
1.4     Isu Pertanian Di Malaysia
a. Produktiviti
  • Kecekapan menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang               maksimum.
  • Kekangan meningkatkan produktiviti sektor pertanian:
i.      Sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap
- input tidak digunakan dengan cekap seperti baja digunakan secara membazir
dan penggunaan tenaga buruh yang tinggi
ii.      Daya pengeluaran yang rendah
- permintaan kelapa tinggi tetapi pengeluaran rendah
- hasil rendah kerana menggunakan benih atau baka tidak bermutu
iii.      Saiz ladang terlalu kecil
- keluasan yang kecil menyukarkan penggunaan teknologi dan amalan yang
ekonomikal
- hasil rendah
iv.      Kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesan
- petani kurang menggunakan teknologi moden
- cara meningkatkan produktiviti – pekebun kecil menggunakan klon-klon getah
baru, teknik penorehan ‘puncture tapping’ dan sistem pengairan moden dalam
penanaman sayur-sayuran.
v.      Perubahan cuaca dan iklim
- kesan cuaca seperti musim hujan dan panas menjejaskan produktiviti
  • Langkah mengatasi kekangan produktivit/produktiviti rendah:
i.      Ladang kelompok
-           ladang-ladang kecil digabungkan untuk memastikan keberkesanan            penggunaan sumber sedia ada.
-           Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau mini estet
-           Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi
ii.      Perladangan campuran
-           menanam lebih dari satu jenis tanaman dalam satu kawasan                                 penanaman.
-           dapat menambah pendapatan petani
contoh  :  menanam pisang dalam kebun kelapa atau kebun getah dan menanam koko dalam kebun kelapa sawit
iii.      Penggunaan teknologi
-           kaedah kultur tisu dapat menghasilkan lebih banyak bahan penanaman                  yang berkualiti  dan tahan penyakit dalam masa singkat.
-           guna jentera atau teknologi pengairan titisan dan percikan
iv.   Mengadakan program latihan dan bimbingan kepada petani.
b. Ketidakstabilan harga
-     Pengeluaran hasil sukar disesuaikan dengan permintaan pasaran.
-     Hasil pertanian cepat rosak dan teknik penyimpanan terhad menyebabkan hasil
pertanian tidak dapat disimpan sementara menunggu harga meningkat.
-     Kos pengeluaran semakin meningkat membebankan petani.
-     Bekalan yang berlebihan juga menyebabkan ketidakstabilan harga.
-     Langkah mengatasi ketidakstabilan harga:
-          Memproses hasil tanaman seperti cili dijadikan sos
-          Agensi kerajaan membeli hasil yang berlebihan
-          Menghapuskan penggunaan orang tengah
-          Memperkenalkan harga minimum terjamin / harga siling
-          Mencari bahan alternatif baru untuk makanan ternakan
c. Penyebaran Dan Pengamalan Teknologi Baru
  • Teknologi baru penggerak negara mengeksport lebih banyak bahan pertanian.
  • Amalan teknologi baru seperti pertanian persekitaran terkawal dan penanaman sayuran secara fertigasi
  • Cara mengatasi masalah penyebaran dan pengamalan teknologi baru :
-          mengadakan lawatan ke kebun
-          memberi penerangan, kursus dan bimbingan secara berterusan
-          penggunaan media massa secara meluas / kempen
d. Pendidikan Dan Latihan
  • Melahirkan petani dan penternak yang berdaya maju dan inovatif.
  • Kementerian Pertanian menjalankan program latihan dan bimbingan, penyelidikan dalam teknologi makanan dan industri herba berasaskan pertanian.
  • Cara mengatasi masalah kekurangan pendidikan dan latihan
-          menggiatkan aktivti latihan untuk petani
-          memperbanyakkan penyelidikan dan menggiatkan pengembangan
-          memperbanyakkan pusat latihan/institusi latihan pertanian
e. Penghijrahan Penduduk
  • Hijrah dari desa ke bandar
  • Kerana faktor:
i.      Sosial – gaya hidup di bandar, mobiliti sosial dan infrastruktur moden
ii.      Ekonomi – pendapatan yang kurang lumayan / rendah di desa, pertanian banyak risiko
  • Kesan penghijrahan – pertanian tidak dapat diusahakan secara efisien
  • Langkah mengatasi penghijrahan penduduk
-          membawa industri ke desa / buka kilang di desa
-          menggalakkan belia berkelulusan pertanian mengusahakan pertanian secara professional dan komersial
f. Pencemaran Alam Sekitar
  • Punca pencemaran:
-          sisa bahan pertanian contohnya sisa getah dan kelapa sawit
-          sisa toksik dari racun makhluk perosak
-          asap dari pembakaran
-          pembuangan najis yang tidak terkawal dari industri ternakan
-          penghasilan gas metana melalui pereputan sisa pertanian
-          hakisan kawasan penanaman
  • Cara mengatasi pencemaran:
-          guna semula sisa pertanian untuk makanan ternakan dan medium penanaman
-          guna kaedah biologi untuk merawat air tercemar
-          penguatkuasaan undang-undang
-          mengurangkan penggunaan racun perosak – rumah jaring kalis serangga, kawalan perosak bersepadu, kawalan biologi dan menanam secara organik
g. Kekurangan Buruh
  • Punca kekurangan buruh:
-          penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang menyebabkan buruh asing dibawa masuk
-          golongan muda berhijrah ke bandar
-          pendapatan kurang lumayan
-          pulangan pertanian rendah
-          perusahaan pertanian berisiko
-          perbezaan taraf hidup penduduk desa dan bandar
  • Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh :
-          Penggunaan teknologi baru
-          Penggunaan mekanisasi ladang
-          Aplikasi  bioteknologi
-          Pertanian persis (tepat)
-          Gunakan tenaga buruh asing
-          Menyediakan suasana kerja yang menarik untuk menarik pekerja tempatan
1.5   Peranan institusi dalam pembangunan pertanian
a.       Menyediakan infrastruktur
  • Sistem pengairan dan saliran, sistem jalan raya, sistem komunikasi, bekalan elektrik dan air
  • Institusi terlibat JPS, FELDA, RISDA, JKR, TNB
b.   Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
  • Meliputi pengeluaran, lepas tuai  dan aktiviti hiliran (pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan,pengangkutan)
  • Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, MCB, Guthri, Sime Darby
c.   Memberi khidmat nasihat dan latihan
  • Lawatan dan latihan oleh agen pengembangan
  • Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, LPP,RISDA dll
d.    Menyediakan peluang pekerjaan
  • Penyelidik, pegawai pengembangan, perunding, agen pemasaran dll
  • Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, LPP, dll
e.   Menyediakan bantuan kewangan
  • Perkhidmatan memberi kredit
  • Institusi terlibat seperti BPM, LPP, Jabatan Pertanian dll.
f.   Membuat penyeliaan
  • Menentukan prosedur dan undang-undang dipatuhi (penggunaan racun, pencegahan penyakit, pemeriksaan mutu hasil pertanian)
  • Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, MPOB, BERNAS, dll
g.   Membantu pemasaran hasil
  • Mendapatkan pembeli, menyediakan kemudahan pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran.
  • Institusi terlibat seperti FAMA, MARDEC, LTN, BERNAS dll.

Friday 8 January 2016

Kunjungan balas H. Syaifullah Hadie H Darmawi ke Malaysia(Bailang mancari kula)


Sedutan posting asal tahun 2012

Pada petang 25 November 2012  kami pulang ke Malaysia dengan kenangan manis bersama keluarga abang Syaifullah dan Pengeran Abas semoga kita dapat bertemu lagi di lain masa. Abang Syaifullah menghantar kami ke airport bersama keluarganya isteri dan anak-anaknya. Terima kasih dan jumpa lagi.. Berilaan.



Kami pulang ke Malaysia dengan harapan suatu hari nanti keluarga abang Syaifullah akan tiba ke Malaysia untuk kunjungan balas. Kami sentiasa menunggu beritanya.

Kunjungan balas abang Syaifullah ke Malaysia



Perjalanan semasa berkunjung ke tempat saya di Sungai Besar Selangor Malaysia.26 Disember hingga
2 Januari 2016.

Selama seminggu berada di sini abang Syaifullah mempunyai jadual yang padat. Hari pertama  sampai hari ketiga ia masih berada di Kuala Lumpur menghadiri acara pemyampaian anugerah dari pembesar di sini. Bapa angkatnya Pengeran Abbas dan rombongan menginap di hotel Soheil bukit bintang.
    Kebetulah hari-hari itu saya masih mempunyai tugas yang perlu dibereskan di sekolah. Selama tigahari itu ia telah melawat sekitar Kuala Lumpur sahaja, kami mempunyai beberapa orang sepupu yang berada di Kuala Lumpur, jadi pada malamnya mereka membawa abang Syaifullah melawat beberapa tempat penting seperti menara kembar.dataran Merdeka ,kampung baru danl ain-lainnya. Shamsul Maarif dah Haji Khairul Anwar sebagai juru iring dalam lawatan ini.
     Dalam kesempatan ini ia juga meluangkan masa bertemu dengan rakan wassap buhan bakula.di sekitar Kuala Lumpur pada siang harinya.



Abang Syaifullah dalam komuter dari KL ke Sungai Buluh




Pengeran Abbas semasa di Hotel Soeil Bukit Bintang



Pertemuan kami hari pertama  abang Syaifullsah di KL



Hari yang ke empat Pengeran Abbas dan rombonganya pulang ke Brunei. Abang Syaifullah dan isteri tidak turut serta pulang ke sana. Mengikut perancanganya pada tengahari Khamis 31 Disemsember itu saya menjemputnya di hotel,. pukul satu petang saya tiba dan terus ke stesen Komuter KL, kami naik Komuter hingga stesen Sungai Buluh kerena Hilux saya ditinggal di sana. Saya  memang tinggalkan  kenderaan kerana ingin memberi peluang abang Syaifulah merasai naik komuter dari Kuala Lumpur.

Bersama keluarga saya di Parit 3 1/2 Barat Sungai Besar

Dari Sungai Buluh kami meneruskan perjalanan ke tempat saya di Sungai Besar yang mengambil masa satu setengah jam. Sampai di Sungai Besar kami sempat minum di restoren seorang rakan, nama restoren itu RM3.

Kami dan Muhamad Munir Muizuddin dan anak-anaknya


Ahmad Nazmi dan Ahmad Hisyam yang pernah ke Brunei pada 2012




Kunjungan rakan buhan kulaan. H Mukhtar, Cikgu Jamaludin dan cikgu Asri


Bertemu dengan Musta Zaini di pekan Sabak Bernam


Di Sabak Bernam

Di Sekin Hotel & Resort kepunyaan sepupu kami


Di rumah Hjh Maimunah bt Salman b. H..Ahmad Alabio
sepupu ayah kami yang masih hidup yang di Malaysia

\Meluangkan masa bertemu group wassap dari Sungai Besar
Jamil. Shafie dan lain-lainnya

Shamsul Maarif yang membawa bersiar sekitar KL


Menerima anugrah


Di rumah H Shafie b Maslan di Sungai Manik. -sepupu

bertemu angah Sharif Darwawi

Di rumah Hafizah Bt Arjan di Parit 9B Sungai Manik, juga bertemu Sapiah Bt Marei-sepupu




Bertemu rakan wassap di Sungai Besar




H. Khairul Anwar-sepupu


Melawat Kuala Lumpur pada malam hari

Melawat Menara Kembar KL

Bersama Pengeran Abbas dari Brunei


Bertemu orang kuat pertubuhan banjar Malaysia

Di restoren Rosdi dan Fatimah


Hiburan lagu merdu dari Rosdi di Batang Kali Selangor.
isteri Rosdi Fatimah adalah  sepupu



Sepupu yang paling tua di Malaysia H Chedin Arifin

di depan 4 buah Homestay Mawar kepunyai Keluarga H Chedin
Jengka 10 Bandar Pusat Jengka. Pahang

Rosnah, Jahratanor dan H Chedin








Di rumah Darsani bin Sabri- sepupu

Di rumah Musa Bin Maslan di Jengka 20- sepupu



Di rumah Mohd Zaki Hanafiah di Felda Bukit Sagu satu Kuantan Pahang


bertemu dengan Din Chini

Dirumah Rosnah di Chini 4


Kenangan menerima pingat dari pembesar di Gombak Selangor



Di rumah Sulaiman Hanafiah Selancar 1 Pahang -sepepu

Dirumah Mohd Razi Hanafiah Selancar 3 Pahang





Bertemu rakan wassap dari Selancar 2. cikgu yati







Bertemu Farhana yang pernah ke Brunei pada tahun 2012


Di Famosa resort Melaka

Sempat singah di rumah Fadialah Zaini di Senawang Seremban



Sedia untuk meneruskan perjalanan ke Surabaya 2.1.2016 pukul 10.45 malam