ANAKLAUT

Wednesday 20 January 2016

Iklim- Faktor Cahaya

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN

IKLIM
2.1      PENGENALAN – Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan 
        ialah  iklim, tanah, biosis, genetik dan pengawalatur pertumbuhan
2.2    IKLIM –  Unsur iklim   ialah  cahaya, suhu, hujan dan angin  
         
         Cahaya
Kesan cahaya  -  Fotosintesis dan Kefotokalaan
a.      Fotosintesis
  • Satu proses tumbuhan menghasilkan karbohidrat dan oksigen daripada karban dioksida, air dan tenaga cahaya matahari.
  • Proses ini berlaku dalam kloroplas.
  • Dalam kloroplas terdapat klorofil. Klorofil berfungsi memerangkap tenaga dari cahaya matahari.
6CO2 +        12H2O               C6H12O6 +  6H2O  +  6O2
(dari udara)  (diserap oleh akar)        (kanji)
  • Fotosintesis terdiri dua peringkat:

          
i.            Tindak balas cahaya
-     memerlukan cahaya matahari dan berlaku dalam kloroplas.
-       menghasilkan NADPH
ii.            Tindak balas gelap

-       berlaku tanpa cahaya dalam kloroplas .
-       berlaku urutan tindakbalas yang dinamakan Kitar Calvin
-       menghasilkan karbohidrat
  • Faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis:
i.      Keamatan cahaya / intensiti cahaya
-     kadar fotosintesis bertambah bila keamatan cahaya bertambah
ii.      Suhu
-     suhu bertambah kadar fotosintesis bertambah hingga had tertentu
iii.       Gelombang cahaya
-     gelombang cahaya berwarna biru dan merah diperlukan dalam proses
       fotosintesis
-       gelombang cahaya berwarna biru dan merah diserap  oleh klorofil dan digunakan            
          sebagai tenaga dalam tindak balas cahaya.
-       jika cahaya kurang, gunakan cahaya tiruan dari lampu pijar dan  lampu 
          pendarflour


b.      Kefotokalaan
  • Reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan malam
  • Reaksi samada tampang atau berbunga.
  • Dipengaruhi oleh tempoh siang dan malam.
  • Tanaman tempoh siang pendek seperti orkid Phaleonopsis, kacang soya,nanas dan ubi keledek, padi
  • Tanaman tempoh siang panjang seperti gandum, pokok jarak dan ubi kentang.
  • Tanaman tropika seperti kelapa, padi dan mangga neutral terhadap tempoh siang.
Faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan
1.       Keluasan permukaan daun
  • lebih luas permukaan daun didedahkan kepada cahaya matahari maka lebih banyak sel daun dapat menjalankan fotosintesis.
2.       Susunan daun
  • tegak – lebih banyak daun terdedah kepada cahaya
  • susunan berlapis-lapis  – cahaya tertumpu kepada bahagian atas tumbuhan, daun di bawah kurang menerima cahaya
3.       Topografi
  • merujuk kepada keadaan bentuk muka bumi yang tidak rata atau tinggi rendah.
  • permukaan bumi yang bersudut tepat dengan pancaran cahaya matahari akan menerima lebih banyak cahaya matahari
  • bahagian bukit terdedah cahaya menerima lebih banyak cahaya.
4.   Naungan
  • mengurangkan penerimaan cahaya oleh tumbuhan.
  • untuk melindungi pokok yang sensitif terhadap cahaya matahari seperti anak pokok yang baru ditanam
  • naungan gunakan jaring hitam, daun kelapa, lalang dll.
Sokongan kayu tunggal
  • lada hitam
Sokongan kayu junjung
  • kacang panjang
Sokongan berpara
  • peria
  • petola
Sokongan berpagar
  • tomato
Kaedah untuk menggalakkan penggunaan  / mendapat cahaya yang optimum
1.       Memilih tapak yang sesuai.
  • kawasan rata, lapang dan tidak terlindung oleh bangunan atau pokok besar
2.       Menanam pada jarak yang sesuai.
  • mengurangkan persaingan untuk mendapat cahaya
  • penggunaan tanah secara maksimum.
  • Corak penanaman – sistem segi empat, sistem segi tiga dan sistem siku keluang
3.       Menyediakan sokongan.
  • supaya tumbuhan memanjat mendapat cahaya yang
         optimum
  • sokongan juga perlu untuk pokok jenis memanjat, berbatang lembu dan anak pokok baru ditanam
4.       Mengawal rumpai.
  • mengelak persaingan mendapatkan cahaya, nutrien, air dan ruang
5.       Membekalkan cahaya tiruan.
  • Lampu pijar
-       bekal cahaya warna biru hingga inframerah.
-       penggunaan tenaga elektrik tidak cekap
  • Lampu pendaflour
-       bekal kurang cahaya warna merah dan inframerah.
-       penggunaan tenaga elektrik yang cekap
6.       Menanam tanaman selingan.
  • gunakan ruang antara tanaman kekal dengan menanam
          tanaman jangka pendek
  • dapat mengoptimumkan penggunaan cahaya matahari
  • tidak bazir cahaya matahari dan rumpai tidak tumbuh
7.       Mencantas.
  • membuang bahagian tumbuhan yang tidak  diperlukan.
  • tujuan untuk membenarkan lebih banyak cahaya diterima
       oleh daun di bahagian dalam

No comments:

Post a Comment