ANAKLAUT

Monday 22 August 2016

LABEL RACUN PEROSAK. ( kawalan cara Kimia)

WARNA LABEL RACUN PEROSAK

Racun Perosak adalah bahan beracun yang dihasilkan untuk mengawal serangan perosak yang menyerang tanaman dan tujuan lain. Racun perosak mengandungi bahan perawis (Active ingredient) yang akan bertindakbalas apabila digunakan terhadap sasaran. Racun perosak berbeza cara tindakbalasnya dengan ubat. Kebanyakan racun perosak akan digunakan untuk mengawal makluk perosak. Adalah sangat penting bagi ramai petani atau pun orang awam mengetahui tahap bahaya racun. Ini kerana racun perosak adalah merbahaya kepada kesihatan manusia dan persekitaran jika tidak digunakan dengan bijaksana. Racun perosak mempunyai darjah kebisaan yang berbeza-beza. Lihat pada label botol atau bekas racun yang anda beli. Artikel subuh ini saya membuat entri mengenai bagaimana cara kita dapat mengenali warna pada label racun perosak untuk pengetahuan semua pembaca berdasarkan kuliah yang deberikan dan pembacaan dari buku.


Tahap BAHAYA racun perosak dibaca pada label dimana anda akan mempunyai jalur berwarna HITAM (Black) atau MERAH (Red) atauKUNING (Yellow)  atau BIRU (Blue)ataupun TIDAK BERWARNA(Colourless). Apabila diperhatikan pada jalur warna inimaka anda boleh lihat perkataan Kelas i (a) atau 1 (b) atau II atau III atau IV dan juga amaran bahaya untuk tiap-tiap satu kelas. Jalur warna atau kelas racun ini menunjukkan tahap bahaya atau bisa racun tersebut kepada diri anda. Cara pengkelasan Racun Perosak menunjukkan tahap bahaya sesuatu racun perosak dikelaskan berasaskan kebisaannya kepada manusia. Terdapat 5 kelas racun perosak iaitu:-


Pita Warna Kelas Racun
Label                      Warna                    Keterangan
Ia                            Hitam                     Beracun - Amat Bisa
Ib                            Merah                    Beracun - Bisa
II                             Kuning                   Beracun
III                            Biru                        Berbahaya
IV                            Putih 


Warna jalur dan kelas racun perosak
Kelas Ia: Beracun - Amat Bisa
Jauhkan daripada makanan dan kanak-kanak
Kelas Ib : Beracun - Bisa
Jauhkan daripada makanan dan kanak-kanak
Kelas III: Beracun
Jauhkan daripada makanan dan kanak-kanak
Kelas IV: Merbahaya
Jauhkan daripada makanan dan kanak-kanak


Warna Pita Racun Perosak Untuk Mengawal Perosak Tanaman tidak berkait dengan tanaman tetapi adalah berkait dengan tahap kebisaan dengan manusia. Warna pita tidak berkait dengan keberkesanan sesuatu racun perosak kepada serangga, perosak dan lain-lain. Semua racun perosak yang berdaftar dengan LRMP telah disahkan mempunyai keberkesanan untuk mengawal makhluk perosak yang ditentukan dalam label sahaja. Racun Tikus (Warfarin) hanya membunuh tikus sahaja yang memakan umpannya tetapi tidak akan membunuh Ulat Pemotong Daun atau Lalat Buah (Bactocera carambolae). Bagaimana pun racun tikus adalah merbahaya kepada manusia jika termakan dan boleh menyebabkan maut jika dos yang dimakan terlalu banyak.  Amaran penggunaan racun perosak bergantung bagaimana racun perosak digunakan dan disembur seperti yang disyorkan pada label. Arahan penggunaan mesti dipatuhi untuk mempastikan pengguna tidak terkena racun, cara menyembur yang betulk dan tepat.


Pernahkan kita mengetahui bagaimana Racun Ini Boleh Memudaratkan kesihatan Badan Anda? Adalah penting sekiranya badan anda terkena racun perosak atau terhidu wapnya semasa membancuh atau membuat semburan akan menjejaskan kesihatan anda. Tanda-tanda awal terkena racun adalah seperti pening-pening, sakit kepala, kulit menjadi merah, gatal-gatal, melecur, pengsan atau berbagai tanda lagi. Bagi langkah-langkah awal menjaga keselamatan ketika menggunakan racun maka tahap keselamatan perlu dipatuhi. Penting untuk kita mengelakkan dari mengalami keracunan dengan menggunakan pakaian pelindung yang sesuai semasa membancuh dan menyembur. Bahagian mulut dan hidung hendaklah sentiasa ditutup bagi mengelakan tersedut racun. Perlu dingatkan agar sentiasa berhati-hati semasa mengendali dan menggunakan racun perosak. PASTIKAN MEMBACA LABEL RACUN!


Sistem memberi warna pada racun perosak merupakan satu usaha oleh peraturan di negara kita bagi mengetahui tahap kebisaan racun perosak kepada manusia. Racun yang diberi label WARNA HITAM adalah sangat berbisa dan untuk membelinya juga adalah terkawal. Racun Aerosol Spray seperti Baygon, Ridsect, Sheltox yang banyak dijual dan digunakan untuk membunuh Nyamok, Lipas, Lalat dalam rumah juga merupakan racun serangga yang merbahaya jika tersedut dengan kuantiti banyak dan berulang-ulang untuk satu jangka masa panjang. Awas! pastikan ianya disimpan ditempat selamat dari kanak-kanak. Elakan kesan racun dalam hidup anda dengan mengetahui warna label pada racun perosak...


WARNA HITAM....SANGAT BERBISA....
WARNA MERAH...TAHAP BERBISA...
WARNA KUNING...TAHAP BERACUN....
WARNA BIRU...TAHAP BERBAHAYA...
TANPA WARNA...TAHAP SELAMAT...


Monday 8 August 2016

Amali Tut/Markot



  Langkah melakukan eksperimen membuat tut/ markot

 Alatan :    Plastik lutsinar, tali raffia/tali,pisau cantuman/sekateur.
 Bahan  :   Tanaman yang sesuai (puding/jambu mawar), campuran  tanah    
                                   (2:1)/ Jiffy-7, hormon pengakaran.

Perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan amali:
1.    Gunakan pisau yang tajam dan bersih
2.    Kikis lapisan kambium sehingga habis.
3.    Balut dengan ketat


               Langkah Amali:
1.       Sediakan medium tut.
2.       Lembabkan medium dengan air sehingga melekit.
3.       Bentukkan menjadi satu bebola sebesar genggam tangan.
4.       Pilih dahan/ranting yang sesuai berdiameter 1-2 cm.
5.        Potong ranting kecil atau daun pada tempat yang hendak  dilakukan tut.
6.       Buat 2 kelaran mengikut lilitan ranting berjarak 3-4 cm.
7.       Buat 1 potongan memanjang yang menyambungkan kedua-dua kelaran itu.
8.       Kopek kulit kayu
9.       Kikis tisu/lapisan kambium
10.   Sapu hormon pengakaran pada kelaran atas.
11.   Bahagikan bebola kepada dua dan lekapkan medium disekeliling kelaran.
12.   Padatkan medium
13.   Balut dengan plastik lutsinar.

14.    Ikat dengan tali rafia pada kedua-dua hujung gumpalan medium.