ANAKLAUT

Wednesday 14 December 2016

Mari menanam sayuran

Tanaman Sayuran Di keliling Rumah


              Jika rumah anda ada sedikit ruang, mungkin ada ingin rumah kelihatan cantik landkapnya, saya ingin bekongsi pengalaman dengan anda. Untuk permulaanya anda buatlah lakaran kawasan kosong di sekitar rumah anda dan tandakan pokok dan tanaman apa yang hendak ditanam. Campuran sayuran dan pokok bunga mungkin memberi kepuasan dan keuntungan dari segi ekonomi rumah tangga. Warna cantik bungaan di samping sayuran membuat rasa tenteram pada pemilik rumah



\


             Hasil tanaman ini jika berlebihan boleh juga dijual di pasar, ini boleh membantu menjimatkan belanja dapur. Mungkin antara kita rasa malas dan tak ingin mengotorkan tangan  bermain dengan tanah dan tumbuhan. Sikap inilah sebenarnya yang menjadi penghalang pada kebanyakan kita, sanggup membiarkan semak-samun diseliling rumah. Dengan kenaikan harga barang sekarang kebanyak kita sudah jadi miskin walaupun ada duit kerana duit kita menjadi kurang nilainya kerana kenaikan barang ini. Jika kita ada lima puluh ringgit untuk ke pasar apakah barang yang dapat kita beli, tentu anda perasan yang kita tidak semewah dulu lagi.

          
               Ada banyak sayuran yang boleh ditanam di sekliling rumah kita, pastikan tanaman asas keperluan harian dapur dulu di utamakan. Cili pada, serai, halia, kunyit, pokok limau purut dan daun kari mungkin yang perlu diutaman kerana boleh dikatakan pengunaannya sangat penting untuk kebanyakan masakan kita. Tanaman lain boleh di tambah mengikut ruang yang tinggal. Kita beruntung Malaysia negara yang subur kerana kebanyakan tanaman boleh hidup dengan subur di mana-mana tempat di Malaysia.











Tanaman hiasan bunga adenium dan campuran sayuran buah cili dan terung




Terung boleh berbuah ketika berumur dua bulan dan tahan bertahun-tahun jika dijaga dengan baik


  Lada boleh di jadikan sayuran masa masih hijau dan menjadi campuran kebanyakan masakan kita




Bunga petola ini juga cantik dengan warna kuning terangnya



Tanaman hiasan bunga-bungaan boleh di tanam dalam pasu kerana cara ini pokok-pokok itu boleh di pindakan ke mana-mana di sekitar rumah. Lebih cantik jika digandingkan dengan pokok sayuran.



Bunga  pokok bendi dengan kelopak besarnya memang menarik masa ia kembang



Hasil yang sudah dikutip segar dari halaman

                   Semuga dengan pendedahan ini dapat menimbulkan minat dikalangan kita untuk berbudi pada tanah. Disamping boleh menjadi aktiviti yang menyihatkan boleh juga mencantikan persekitaran rumah, paling penting boleh membantu menjimatkan belanja dapur dalam musim kenaikan harga bermacam-macam barang keperluan harian. Selamat mencuba 

No comments:

Post a Comment